Jana pendapatan dari cucian karpet, tanpa beli satu mesin pun.

Anda cari pelanggan, Taharah buat kerja cucian di kilang sendiri. Sesuai untuk agen berkenderaan, kakitangan kerajaan atau swasta, dan pemilik dobi atau car wash.

Kilang Cuci Karpet Taharah di Kajang dengan van Taharah
Kilang Taharah, 11 Jalan 1/2B, Taman Kajang Utama

Tiga cara bekerjasama dengan Taharah

Pilih yang paling sesuai dengan apa yang anda ada sekarang.

Untuk yang ada kenderaan sendiri

Agen cuci karpet

Cari pelanggan sendiri, ambil karpet mereka, dan hantar ke kilang Taharah. Kami cuci dengan harga agen, anda hantar semula kepada pelanggan dan simpan keuntungannya.

  1. Anda pasarkan dan cari pelanggan
  2. Anda hantar karpet ke kilang Taharah di Kajang
  3. Kami cuci, keringkan dan bungkus dalam 7 hari
  4. Anda ambil dan hantar semula kepada pelanggan
Saya berminat

Untuk kakitangan kerajaan atau swasta

Orang tengah tender dan projek

Ada akses kepada tender atau projek cucian karpet di jabatan, masjid, sekolah atau syarikat? Rujuk projek kepada Taharah. Kami uruskan kerja di lokasi atau ambil dan hantar, anda dapat ganjaran.

  1. Anda kenal pasti projek atau tender
  2. Kami sediakan sebut harga dan dokumen syarikat
  3. Pasukan Taharah jalankan kerja di lokasi
  4. Anda terima ganjaran selepas projek selesai
Saya berminat

Untuk dobi dan car wash

Dobi dan car wash

Tambah servis cuci karpet di premis anda tanpa beli mesin. Pelanggan tinggalkan karpet di kedai anda, van Taharah datang ambil dan hantar semula.

  1. Pelanggan hantar karpet ke premis anda
  2. Van Taharah ambil karpet dari premis anda
  3. Kami cuci dan keringkan di kilang
  4. Karpet dihantar semula ke premis anda untuk pelanggan
Saya berminat

Kenapa jadi rakan niaga Taharah

  • Harga cucian lebih murah

    Rakan niaga dapat harga khas, jauh lebih rendah dari harga runcit. Beza harga tu ialah keuntungan anda.

  • Ambil dan hantar oleh Taharah

    Untuk orang tengah projek dan premis dobi atau car wash, pasukan Taharah uruskan kerja di lokasi atau ambil dan hantar.

  • Modal permulaan rendah

    Tak perlu beli mesin cuci, mesin putar atau sewa kilang. Sesuai sebagai pendapatan sampingan.

  • Kualiti kilang, bukan cucian tangan

    Setiap karpet dicuci dengan sistem automatik bertaraf industri. Pelanggan anda dapat hasil yang konsisten.

  • Siap dalam 7 hari

    Tempoh siap yang jelas memudahkan anda janji tarikh kepada pelanggan.

  • Perniagaan berdaftar SSM

    Taharah berdaftar dengan SSM (202403182639 (PG0558486-X)) dan ada kilang sendiri di Kajang, jadi pelanggan dan pihak tender lebih yakin.

Kira anggaran pendapatan anda

Anggaran untung untuk agen yang hantar sendiri karpet ke kilang, jika anda caj pelanggan pada harga runcit Taharah.

Anggaran sahaja. Belum termasuk kos minyak dan masa anda, dan belum termasuk caj ambil dan hantar yang anda kenakan sendiri kepada pelanggan. Harga agen sebenar dikongsi selepas pendaftaran.

Jenis karpet yang paling kerap
Purata saiz karpet

Anggaran untung sebulan

RM910

Setahun
RM10,920
Setiap karpet
RM45.50
Jumlah keluasan
700 kaki²
Tanya harga agen

Cara mula

  1. Mesej kami di WhatsApp

    Beritahu jenis kerjasama yang anda minat dan kawasan anda.

  2. Terima harga dan syarat

    Kami kongsi harga rakan niaga, cara hantar karpet dan jadual van.

  3. Mula dapatkan pelanggan

    Hantar karpet pertama anda dan lihat sendiri kualiti cucian kami.

Soalan lazim

Tak jumpa jawapan? Tanya terus di WhatsApp, kami balas dengan cepat.

Berapa harga agen sebenar?

Harga agen bergantung kepada jenis karpet dan dikongsi terus selepas anda berdaftar. Gunakan kalkulator di halaman ini untuk anggaran pendapatan.

Perlu bayar yuran untuk jadi rakan niaga?

Hubungi kami di WhatsApp untuk syarat terkini. Anda tidak perlu membeli mesin atau peralatan cucian.

Agen perlu ada kenderaan apa?

Kereta atau van yang muat karpet bergulung sudah memadai. Karpet besar biasanya lebih senang dengan MPV, van atau pikap.

Berapa lama karpet siap?

Dalam masa 7 hari selepas karpet diterima di kilang.

Bagaimana ganjaran untuk tender dan projek dikira?

Ganjaran bergantung kepada saiz dan jenis projek, dan dibincang untuk setiap projek sebelum sebut harga dihantar.

Kawasan mana yang layak untuk premis dobi dan car wash?

Premis di sekitar Lembah Klang yang berada dalam laluan van Taharah. Hubungi kami untuk semak lokasi anda.

Sedia nak mula?

Daftar minat anda sekarang. Kami balas dengan harga rakan niaga dan langkah seterusnya.

Daftar minat di WhatsApp
Tempah cucian di WhatsApp