Kumbang Karpet: Cara Kenal Larva dan Hapuskan dari Rumah

Jumpa ulat kecil berbulu di tepi karpet, atau bulu karpet tiba-tiba nipis di satu bahagian? Kemungkinan besar itu kerja larva kumbang karpet. Serangga ini jarang dilihat kerana ia bersembunyi di bawah perabot dan di tepi karpet yang jarang dialihkan.
Apa itu kumbang karpet
Kumbang karpet dewasa ialah serangga kecil berbentuk bulat, biasanya bercorak atau berwarna gelap. Yang dewasa tertarik kepada cahaya dan sering dijumpai di tingkap. Yang merosakkan karpet bukanlah kumbang dewasa, tetapi larvanya.
Kumbang betina bertelur di tempat yang gelap dan jarang diganggu: tepi karpet, bawah sofa, dalam almari dan celah perabot. Selepas menetas, larva memakan gentian semula jadi selama beberapa bulan sebelum menjadi dewasa.
Cara kenal larva kumbang karpet
- Ulat kecil berbulu, berwarna perang atau berjalur
- Selongsong kulit kosong di tepi karpet atau bawah perabot
- Lubang atau bahagian bulu yang nipis pada karpet, terutama di tepi
- Serbuk halus seperti pasir di tempat larva makan
Karpet mana yang paling berisiko
Larva kumbang karpet memakan keratin, protein yang terdapat dalam gentian haiwan. Karpet yang paling berisiko ialah:
- Karpet wool dan bulu
- Karpet sutera, Persian dan handmade
- Karpet sintetik yang kotor dengan rambut, bulu haiwan dan sisa makanan
Adakah kumbang karpet berbahaya kepada manusia
Kumbang karpet tidak menggigit dan tidak menghisap darah. Namun bulu halus pada larva boleh menyebabkan gatal atau ruam kulit pada sesetengah orang, terutama kanak-kanak yang bermain di atas karpet. Ia sering disangka gigitan serangga. Baca juga bahaya kutu karpet kepada kesihatan.
Cara hapuskan kumbang karpet
- Vacuum menyeluruh. Termasuk tepi karpet, bawah perabot, celah sofa dan dalam almari. Buang isi vacuum ke luar rumah dengan segera.
- Terbalikkan karpet dan vacuum bahagian belakang serta lantai di bawahnya.
- Cuci karpet secara menyeluruh untuk membuang telur, larva dan sisa yang menjadi makanan mereka.
- Basuh fabrik lain di sekitar, seperti langsir, kusyen dan selimut.
- Dapatkan khidmat kawalan perosak jika serangan merebak ke perabot dan almari.
Cara cegah kumbang karpet kembali
- Vacuum secara kerap, terutama bahagian yang jarang dialihkan
- Alihkan perabot sekali-sekala dan bersihkan di bawahnya
- Simpan karpet yang tidak digunakan dalam keadaan bersih dan kering, berbalut
- Cuci karpet secara berkala. Lihat berapa kerap karpet perlu dicuci
Soalan lazim
Kumbang karpet bahaya ke?
Kumbang karpet tidak menggigit. Namun bulu halus pada larvanya boleh menyebabkan kegatalan atau ruam kulit pada sesetengah orang, dan larvanya merosakkan karpet, pakaian dan perabot berfabrik.
Larva kumbang karpet rupa macam mana?
Larva kumbang karpet kelihatan seperti ulat kecil berbulu, berwarna perang atau berjalur, biasanya beberapa milimeter panjang. Selongsong kulit yang ditinggalkan selepas bersalin kulit juga sering dijumpai.
Kumbang karpet makan karpet sintetik juga?
Larva lebih suka gentian semula jadi seperti wool, bulu dan sutera. Karpet sintetik yang kotor dengan sisa makanan, rambut dan bulu haiwan masih boleh menarik mereka.
Cuci karpet boleh hapuskan kumbang karpet?
Cucian menyeluruh membuang telur, larva dan sisa yang menjadi makanan mereka dari karpet. Untuk serangan yang merebak ke perabot dan almari, dapatkan juga khidmat kawalan perosak.
Jumpa larva atau lubang pada karpet?
Kami buang habuk dengan mesin dan cuci karpet sampai ke dasar, termasuk telur dan sisa yang menarik serangga.
Harga dari RM1.50 sekaki persegi. Ambil dan hantar RM10 seluruh Lembah Klang.


