Cara Buat Karpet Wangi Tahan Lama (Bukan Sekadar Sembur Pewangi)

Oleh Farah, Taharah Cleaning Services2 minit bacaan

Karpet bersih dan wangi siap dibungkus di kilang Taharah

Ramai orang cuba buat karpet wangi dengan menyembur pewangi. Hasilnya wangi sekejap, kemudian bau lama datang balik. Sebabnya mudah: pewangi menutup bau, tetapi tidak membuang puncanya. Karpet yang betul-betul wangi ialah karpet yang bersih dan kering sampai ke dasar.

1. Cari dan buang punca bau dahulu

Sebelum memikirkan pewangi, kenal pasti dari mana bau datang:

Jenis bau Punca biasa Baca
Hapak atau masam Karpet lambat kering selepas basah Karpet berbau masam
Hancing Kencing anak kecil atau kucing Bau kencing anak
Bau haiwan Bulu, air liur, kencing kucing Hilangkan bau kucing
Bau kulat Lembapan lama, kesan banjir Karpet berkulat
Bau tengik Tumpahan susu atau makanan Kesan kopi dan minuman

Jika punca bau ialah najis seperti kencing atau muntah, karpet juga perlu disucikan, bukan sekadar dihilangkan baunya.

2. Vacuum dengan kerap dan betul

Habuk, rambut dan sel kulit mati yang terkumpul dalam bulu karpet menghasilkan bau lama-kelamaan.

  • Vacuum sekurang-kurangnya dua kali seminggu, setiap hari jika ada haiwan peliharaan
  • Vacuum dengan perlahan, dari beberapa arah
  • Kosongkan dan bersihkan bekas habuk vacuum, kerana ia juga boleh berbau

3. Tabur baking soda

Baking soda membantu menyerap bau dari permukaan karpet.

  1. Pastikan karpet kering
  2. Tabur baking soda secara nipis dan sekata
  3. Biarkan beberapa jam, atau semalaman untuk bau yang kuat
  4. Vacuum sehingga bersih

Untuk karpet wool, Persian dan handmade, uji dahulu di bahagian yang tersembunyi.

4. Jaga aliran udara

Bilik yang tertutup dan lembap membuat karpet cepat berbau.

  • Buka tingkap atau pasang kipas beberapa jam setiap hari
  • Jika bilik berpenghawa dingin sepanjang masa, sekali-sekala biarkan udara segar masuk
  • Jangan letak karpet di atas lantai yang sentiasa lembap

5. Uruskan tumpahan dengan segera

Tumpahan yang dibiarkan meresap ke dasar akan reput dan berbau. Tekan dengan kain kering secepat mungkin, jangan gosok, kemudian pastikan bahagian itu kering sepenuhnya.

6. Cuci menyeluruh secara berkala

Akhirnya, tiada cara di rumah yang boleh menggantikan cucian menyeluruh. Habuk dan sisa yang sudah tenggelam di dasar karpet hanya keluar bila karpet dicuci, dibilas dan dikeringkan dengan betul. Lihat berapa kerap karpet perlu dicuci untuk jadual ikut keadaan rumah anda.

Bagaimana dengan pewangi karpet?

Pewangi boleh digunakan sebagai sentuhan akhir pada karpet yang sudah bersih dan kering. Elakkan menyembur terlalu banyak, kerana karpet yang terlalu lembap dengan pewangi boleh menjadi tempat bakteria membiak, dan bau akhirnya lebih teruk.

Soalan lazim

Apa yang buat karpet cepat berbau?

Punca biasa ialah habuk dan sel kulit mati yang terkumpul, tumpahan makanan dan minuman, kencing haiwan atau anak kecil, serta lembapan yang terperangkap di dasar karpet.

Baking soda selamat untuk semua karpet?

Baking soda selamat untuk kebanyakan karpet sintetik. Untuk karpet wool, Persian dan handmade, uji dahulu di bahagian tersembunyi dan vacuum dengan lembut.

Kenapa karpet saya berbau lagi selepas disembur pewangi?

Pewangi cuma menutup bau di permukaan. Jika punca bau seperti kencing atau lembapan masih ada di dasar karpet, bau akan kembali, terutama bila cuaca lembap.

Berapa kerap perlu cuci karpet supaya sentiasa wangi?

Untuk rumah biasa, sekurang-kurangnya setahun sekali. Rumah yang ada anak kecil atau kucing patut cuci setiap 3 hingga 6 bulan.

Karpet berbau walaupun dah cuba macam-macam?

Kami cuci karpet sampai ke dasar, bilas, putar dan keringkan sepenuhnya, jadi baunya hilang dari punca.

Tempah di WhatsAppKira harga karpet

Harga dari RM1.50 sekaki persegi. Ambil dan hantar RM10 seluruh Lembah Klang.

Tentang penulis: Farah menulis panduan penjagaan dan kesucian karpet untuk Taharah Cleaning Services, perniagaan cuci karpet berdaftar SSM yang mengendalikan fasiliti cucian sendiri di Kajang, Selangor. Kenali kami

Tempah cucian di WhatsApp