Apakah jenis karpet yang anda boleh cuci?
Kami mencuci pelbagai jenis karpet termasuk karpet rumah, pejabat, masjid, surau, hotel, permaidani premium, karpet bulu, dan juga karpet bersaiz besar.
Bagaimana proses cucian karpet dilakukan?
Proses cucian kami melibatkan beberapa langkah utama:
- Pemeriksaan awal untuk mengenal pasti jenis karpet dan tahap kekotoran.
- Penyedutan habuk menggunakan vakum industri.
- Cucian mendalam menggunakan air dan bahan pencuci khas yang mesra karpet.
- Bilasan untuk membuang sisa sabun dan kotoran.
- Pengeringan menggunakan mesin khas untuk memastikan karpet cepat kering.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk mencuci karpet?
Biasanya, proses cucian mengambil masa 7 hingga ke 10 hari, proses seperti berikut:
- Hari pertama - Pengambilan karpet
- Hari kedua hingga kesembilan - Pencucian & pengeringan karpet
- Hari kesepuluh - Penghantaran karpet
Adakah anda menyediakan perkhidmatan pickup dan delivery?
Ya! Kami menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran karpet untuk kawasan tertentu. Sila hubungi kami untuk menyemak liputan kawasan kami.
Berapakah kos mencuci karpet?
Harga cucian bergantung pada saiz dan jenis karpet. Secara umum, harga bermula dari RM1.50 hingga RM5.00 per kaki persegi. Untuk sebut harga yang lebih tepat, sila hubungi kami dengan butiran karpet anda.
Adakah bahan pencuci yang digunakan selamat?
Ya! Kami menggunakan bahan pencuci mesra alam, bebas bahan kimia berbahaya, dan sesuai untuk keluarga serta haiwan peliharaan.
Karpet saya mempunyai kesan kotoran degil (kopi, darah, dakwat). Bolehkah ia dibersihkan?
Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menghilangkan kesan kotoran. Namun, keberkesanan pembersihan bergantung pada jenis kotoran, tempoh kesan tersebut berada di atas karpet, dan jenis fabrik karpet.
Adakah perkhidmatan anda termasuk rawatan anti-kuman dan pewangi?
Ya, setiap cucian kami termasuk rawatan anti-bakteria dan pewangi untuk memastikan karpet anda bersih, segar, dan bebas dari bau yang tidak menyenangkan.
Karpet saya berbau hapak selepas dicuci di tempat lain. Bolehkah anda membantu?
Ya! Karpet yang tidak dikeringkan dengan sempurna boleh menyebabkan bau hapak dan pertumbuhan kulat. Kami menawarkan rawatan khas untuk menghilangkan bau hapak dan memastikan karpet kering dengan sempurna.
Karpet saya berbau hapak selepas dicuci di tempat lain. Bolehkah anda membantu?
Ya! Karpet yang tidak dikeringkan dengan sempurna boleh menyebabkan bau hapak dan pertumbuhan kulat. Kami menawarkan rawatan khas untuk menghilangkan bau hapak dan memastikan karpet kering dengan sempurna.
Saya mahu mencuci karpet masjid atau surau. Adakah anda mempunyai pengalaman dalam mencuci karpet besar?
Ya, kami mempunyai pengalaman mencuci karpet masjid dan surau serta menggunakan teknik khas bagi memastikan kebersihan maksimum tanpa merosakkan fabrik.
Adakah anda menawarkan diskaun untuk cucian karpet dalam jumlah yang banyak?
Ya, kami menawarkan harga istimewa untuk cucian dalam kuantiti besar, seperti untuk pejabat, hotel, masjid, dan dewan. Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga khas.
Bagaimana cara untuk membuat tempahan?
Anda boleh membuat tempahan melalui:
Adakah saya perlu membayar deposit untuk tempahan?
Untuk tempahan berskala besar atau servis pickup & delivery, deposit mungkin diperlukan. Kami akan memaklumkan lebih lanjut semasa proses tempahan.
Bagaimana saya tahu karpet saya sudah siap dicuci?
Kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp sebaik sahaja karpet anda siap untuk dihantar atau diambil.
Karpet saya baru dibeli. Berapa kerap saya perlu mencucinya?
Untuk mengekalkan kebersihan dan ketahanan karpet, kami mencadangkan cucian setiap 6 bulan sekali untuk rumah biasa, dan lebih kerap untuk kawasan dengan trafik tinggi seperti pejabat dan masjid.
Bolehkah saya melihat sendiri proses cucian karpet?
Ya, pelanggan dialu-alukan untuk melihat proses cucian karpet di premis kami. Jika anda berminat, sila buat temujanji terlebih dahulu.
Di manakah lokasi kedai?
Kedai kami terletak di No. 11 Jalan Seksyen 1/26, Kawasan Perindustrian Ringan Kajang Utama, Kajang, Malaysia.
Bolehkah karpet buatan tangan (handmade) dibasuh?
Ya, tetapi cucian perlu dilakukan dengan kaedah khas untuk memastikan ia tidak rosak.
Mesin apa yang digunakan untuk cucian?
Kami menggunakan mesin jenama Karcher & Cleanvac untuk memastikan hasil cucian terbaik.
Harga per kaki persegi karpet
Berapakah harga cucian per square feet?
- Karpet standard buatan mesin: RM 2.50/sqf
- Karpet berbulu (shaggy) buatan mesin: RM 2.50/sqf
- Tatami/Span/Velvet: RM 1.50/sqf
- Karpet buatan tangan (Wool/Silk): RM 5.00/sqf